LABUAN - Persatuan Mahasiswa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (PMFKAL) telah menganjurkan “5th Annual Stock Trading Competition 2019” di Multipurpose Lab, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 19 Oktober 2019.

Pertandingan ini bermula pada pukul 9 pagi dengan penjelasan peraturan-peraturan pertandingan oleh eksekutif perdagangan saham, Sim Jia Sin.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Program Kewangan Antarabangsa (HE19), Minah Anak Japang.

Turut hadir Ketua Program Ekonomi Kewangan Antarabangsa (HE22), Nur Shahirah Azman, Penyelaras Program, Dr. Ricky Chia Chee Jiun dan Pengarah Program, Tay Chu Xin.

Dalam pertandingan tersebut, terdapat 6 sesi dengan paparan harga saham yang berlainan yang akan diberikan setiap sesi.

Setiap pasukan diberikan RM250,000 sebagai modal dan mereka akan menggunakan modal awal tersebut untuk menjalankan urus niaga dalam pasaran saham dalam tempoh masa 10 minit.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan pulangan atas pelaburan yang tertinggi.

Suasana pertandingan tersebut adalah sangat cemas kerana peserta perlu mendapatkan maklumat pasaran dan menganalisis maklumat tersebut untuk memastikan kelayakan mereka untuk mengekalkan kelayakan mereka sehingga sesi terakhir.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pasukan telah dibatalkan kelayakan disebabkan kesalahan seperti menulis harga saham dengan salah, kesalahan ejaan nama saham dan sebagainya.

Akhirnya, pertandingan tersebut dimenangi oleh pasukan “Oracle” yang terdiri daripada Lai Xiong Xin, Wong Ker Qi dan Gan Jia Nie  dengan 62% nilai pulangan atas pelaburan sekaligus memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM300.

Tempat kedua pula yang menawarkan hadiah RM200 dibawa pulang pasukan “3W” yang terdiri daripada Chiah Yee Ying, Desmond Kyle Chong Yi Cheng, dan Chin Shu Qi dengan nilai pulangan atas pelaburan 22%.

Manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan “Lizst”  yang terdiri daripada Chung Ci En,  Wan Zi Ying, dan Lee Hui Xin dengan nilai pulangan atas pelaburan 24% dan memenangi RM100.

Tamat.