LABUAN – Kira-kira 51 Pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) telah menghadiri menghadiri Program Kupi-Kupi Educator 4.0 di Bilik EUPNKA, Bangunan Menara, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pada 31 Oktober 2019.

Program yang bermula pukul 2.30 petang itu dihadiri Timbalan Naib Canselor [Akademik dan Antarabangsa], UMS, Prof. Dr. Haji Rasid Mail.

Hadir sama Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik.

Pada majlis itu, Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik (PKPKA), Prof. Dr. Vincent Pang, berkongsi Anugerah Akademik Negara [AAN] dan  Anugerah Khas Menteri Pendidikan Malaysia : Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif  [AKRI] serta Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran [AKIPP 2020].

Pensyarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Dr. Liew Thor Seng, berkongsi mengenai Pitching Finalis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia : Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif  [AKRI] Tahun 2019.

Manakala dua Pensyarah FKAL, Md Hafizi Ahsan dan Prof. Madya Dr. Hanudin Amin berkongsi pengalaman dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Prof Dr Murnizam mengucapkan terima kasih atas inisiatif Prof. Dr. Haji Rasid dan Prof. Dr. Vincent mengadakan Program Kupi-Kupi Educator 4.0 yang membolehkan pensyarah FKAL dan FKI serta Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) mendapatkan ilmu tambahan mengenai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.

Sementara itu, Prof. Dr. Haji Rasid berkata pihak pengurusan UMS sentiasa memberi ruang dan peluang kepada pensyarah UMS untuk meneroka lebih banyak ilmu sekaligus memberi manfaat kepada pelajar.

 Beliau turut memuji usaha Prof Dr Murnizam mengadakan program itu secara santai di tempat yang selesa dan kondusif bagi memudahkan pensyarah bertukar-tukar idea dan pandangan berkaitan tugas hakiki mereka, inovasi dan kreativiti.

“Kita mahu ahli akademik sentiasa mengadakan sesi perkongsian kecemerlangan dan inovasi pengajaran.

“Program anjuran PKPKA itu bertujuan untuk mempromosikan tahap motivasi antara pensyarah sebagai tenaga pengajar bersemangat tinggi dan mengikuti edaran zaman pengajaran terkini,”tambah Prof. Dr. Haji Rasid.

Beliau berharap ahli akademik sentiasa berkongsi ilmu dengan rakan sejawat mereka di Kampus Induk di Kota Kinabalu dan UMS Sandakan mahupun UMSKAL sendiri.

Tamat.