LABUAN – Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bersedia menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengadakan pelbagai program pada masa hadapan.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Prof Dr Jualang @ Azlan Abdullah Gansau berkata pelbagai program boleh dilaksanakan yang membabitkan kakitangan dan mahasiswa.

Katanya, program yang memberikan manfaat kepada warga UMSKAL akan terus diadakan dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“UMSKAL mengalu-alukan kerjasama dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengadakan pelbagai program yang memberikan manfaat kepada kakitangan dan mahasiswa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan, SS Dr Luqman Haji Abdullah di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL pada 13 Ogos 2020.

Turut mengiringi Dr Luqman ialah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Haji Jamali Mohd Adnan dan Ketua Penolong Mufti Labuan, Dr Ahmad Zaky Md Ali @ Tahir.

Hadir sama Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam UMSKAL, Ustaz Mohd. Khairul Isham Abd. Latiff.

Tamat.