LABUAN – Seramai 16 Ketua Sektor Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Pra Bengkel (Siri 1) Pemerkasaan Struktur Governan di Bilik Eureka, Ruang Legar, Bangunan Menara UMSKAL pada 13 – 14 Ogos 2020.

Bengkel dua hari itu dirasmikan oleh Pengarah UMSKAL, Profesor Dr. Jualang @Azlan Abdullah Gansau (gambar).

Turut menyertai bengkel tersebut ialah Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM), Mas Adi Alimin selaku urusetia.

Profesor Dr. Jualang berharap menerusi bengkel tersebut lebih banyak maklumat mengenai Struktur Governan dan fungsi sektor dapat diketahui dan difahami oleh ketua jabatan yang lain.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu semua ketua jabatan mengambil berat fungsi sektor yang lain kerana ia berkaitan antara satu dengan yang lain.

“Kita kena ambil berat dan memahami fungsi semua sektor yang ada di UMSKAL.

“Saya selaku Pengarah UMSKAL memerlukan komitmen dan kerjasama bukan sahaja daripada Ketua Sektor tetapi juga semua pensyarah, kakitangan dan mahasiswa,”katanya.

Pada program tersebut, semua ketua sektor membentangkan peranan dan Struktur Governan untuk dibincangkan dan ditambahbaik oleh peserta yang menghadiri bengkel yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang itu.

Tamat.