LABUAN – Seramai 15 pegawai dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Kursus NLP di Bilik Eureka, Ruang Legar, Bangunan Menara UMSKAL pada 19 Ogos 2020.

Kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) sehari itu dikendalikan oleh Ketua Bahagian Sumber Manusia (BSM) UMS, Masri Judah.

Masri berkata kursus tersebut diadakan untuk memaksimakan staf UMS dan boleh mengenali kemampuan dan kebolehan diri dengan lebih baik.

Katanya, ia juga untuk mengoptimakan potensi staf dengan pelbagai soalan.

Masri berharap peserta akan menjadi lebih efektif dalam kerja masing-masing, ceria dan fokus kepada kerja yang diamanahkan.

“Kita juga mahu kakitangan memperbaiki komunikasi dengan ketua jabatan dan rakan sekerja yang lain dan sebegitulah sebaliknya kepada ketua terhadap kakitangan di bawah seliaannya,”katanya.

Turut hadir Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah dan Penolong Pendaftar Kanan Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM), Mas Adi Alimin.

Kursus tersebut dianjurkan BSM dengan kerjasama Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM),

Tamat.