LABUAN – Seramai 35 ahli akademik dan pegawai kanan pentadbiran Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menjayakan Pra Bengkel (Siri II) – Penyediaan dan Pembentangan Pelan Strategik UMSKAL 2021 – 2023 yang diadakan di Bilik Eureka, Bangunan Menara UMSKAL pada 15 September 2020.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof Dr Jualang @ Azlan Gansau menyampaikan ucap utama sekaligus merasmikan bengkel sehari itu.

Beliau bersama Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Prof Dr Abdullah Gani dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah bertindak sebagai pemudahcara.

Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM), Mas Adi Alimin berkata bengkel itu diadakan untuk menyediakan pelan strategik UMSKAL 2021 – 2023 dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kampus selaras dengan keperluan universiti.

“Bengkel itu bertujuan nntuk memperkukuhkan struktur governan UMSKAL,”katanya yang juga urusetia bengkel tersebut.

Peserta bengkel dibahagikan kepada enam kumpulan untuk mengadakan perbincangan dan kemudiannya membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan pemudahcara. 

Tamat.