Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

FAQ

Pihak Universiti menyediakan 2 pilihan bagi tujuan pembayaran semasa Pendaftaran Universiti iaitu melalui mana-mana cawangan CIMB Bank Bhd di tempat masing-masing dengan menggunakan Slip Pembayaran Yuran Pengajian yang disertakan bersama Surat Tawaran atau melalui internet menggunakan alamat web www.cimbclicks.com.my.

PTPTN - Pihak PTPTN akan berada di UMS pada hari Pendaftaran Universiti. Maklumat lanjut sila rujuk kepada Maklumat Umum dalam Buku Panduan Kemasukan Pelajar.

Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Unit Pengambilan & Kemasukan, Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS.

Penangguhan pendaftaran universiti untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan akan luput/terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh rasmi pendaftaran Universiti.

Tawaran Program Pengajian adalah MUKTAMAD dan sebarang petukaran Program/Fakulti adalah tidak dibenarkan.

Boleh memohon selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah dan garis panduan boleh dirujuk seperti dalam buku Prospektus yang akan diberikan oleh pihak universiti semasa pendaftaran.

Ada, di setiap kampus mempunyai panel Klinik Kesihatan dengan diketuai oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

Anda boleh berhubung terus dengan Pengetua Kolej Kediaman atau Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej atau Bahagian Keselamatan di setiap Kolej Kediaman.

Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana tertakluk kepada syarat-syarat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Anda perlu membawa duit saku yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah, baldi, sabun dan sebagainya.

Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan pegawai di Kolej Kediaman datau Bahagian Keselamatan.

Boleh. Anda diberi tempoh selama (3) minggu dari tarikh pendaftaran.

Banyak penginapan yang terdapat Pulau Labuan. Sila rujuk di sini untuk melihat senarai hotel/homestay.

Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar.

Ada, seperti bantuan yang dikelolakan oleh HEP.

Ada, di samping itu terdapat juga gelanggang-gelangang yang lain di UMS.

Anda boleh mendapatkan pengesahan pendapatan ibu/bapa anda daripada Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung.

MSM ialah Minggu Suai Mesra yang akan diadakan untuk mengeratkan siratulrahim dan juga mengenali UMS.