Fungsi Utama

Merancang dan melaksanakan aktiviti kemasukan pelajar, pendaftaran (Universiti dan kursus), peperiksaan di Kampus Antarabangsa Labuan.

Aktiviti-aktiviti

  • Menyediakan unjuran dan pengambilan pelajar bersama Bahagian Perkhidmatan Akademik Kampus Induk.
  • Melaksanakan pendaftaran Universiti dan pendaftaran kursus.
  • Menyediakan jadual kuliah/tutorial dan menyelaraskan tempahan dewan/bilik kuliah.
  • Memproses permohonan gugur tambah kursus, tarik diri, pertukaran program/sekolah, tangguh pengajian, tangguh peperiksaan, semakan semula peperiksaan, rayuan meneruskan pengajian (gagal dan diberhentikan) dan tarik diri pengajian.
  • Menyimpan dan mengemaskini rekod dan fail pelajar.
  • Menyelaras penyediaan kertas soalan peperiksaan akhir setiap semester.
  • Menyediakan jadual peperiksaan akhir semester.
  • Memantau perjalanan peperiksaan (Formal/Informal/Gantian/Ulangan Khas).

Seksyen Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan

Fungsi Utama

Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran, sumber manusia, kakitangan dan khidmat pelanggan dirurus dengan baik dan teratur.

Aktiviti-aktiviti

  • Bertanggungjawab menguruskan semua yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan BPA berjalan dengan baik.
  • Bertanggungjawab menguruskan urusan yang berkaitan aktiviti pembangunan sumber manusia di BPA seperti perancangan perjawatan, cuti kakitangan, latihan perkembangan kerjaya, dan lain-lain lagi berkaitan dengan sumber manusia.
  • Bertanggungjawab memantau dan mengurus fail-fail pentadbiran BPA yang lebih sistematik dan tersusun.
  • Bertanggungjawab memastikan setiap kakitangan BPA sama ada tetap atau sambilan mendapat latihan yang mendalam dan berkaitan dengan portfolio masing-masing.
  • Bertanggungjawab dan  memastikan semua peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, pengajian prasiswazah boleh diakses oleh semua pihak secara mudah dan berkesan.
  • Bertanggungjawab  terhadap segala urusan yang berkaitan dengan undang-undang dan tindakan tatatertib yang melibatkan kakitangan.
  • Bertanggungjawab memantau dan memastikan ruang pejabat, harta aset dan inventori terjaga dan disenggara dengan baik dan teratur.

Seksyen Pendaftaran dan Penjadualan Kuliah

Fungsi Utama

Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala urusan berkaitan pendaftaran dan penjadualan kuliah dijalankan dengan baik dan teratur.

Aktiviti-aktiviti

  • Bertanggungjawab mengurus penawaran kursus Sekolah/Pusat.
  • Bertanggungjawab mengurus pendaftaran kursus mengikut penawaran Sekolah/Pusat
  • Bertanggungjawab mengurus permohonan gugur tambah kursus, tarik diri kursus dan perpindahan/pengecualian jam kredit.
  • Bertanggungjawab menyediakan jadual kuliah.
  • Bertanggungjawab mengurus tempahan dewan kuliah/bilik kuliah dan bilik tutorial.

Seksyen Pengambilan, Kemasukan dan Rekod Pelajar

Fungsi Utama

Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala urusan berkaitan dengan pembangunan program, pengambilan, kemasukan dan rekod pelajar dijalankan dengan baik dan teratur.

Aktiviti-aktiviti

  • Bertanggungjawab mengurus pembangunan program dan pengiktirafan program dijalankan mengikut prosedur yang betul.
  • Bertanggungjawab mengurus semua yang berkaitan pengambilan pelajar seperti pameran pendidikan, unjuran pengambilan, dan semakan syarat kemasukan.
  • Bertanggungjawab mengurus urusan yang berkaitan dengan kemasukan pelajar seperti pendaftaran universiti, rayuan kemasukan, pertukaran / perpindahan Universiti.
  • Bertanggungjawab mengurus permohonan tangguh pengajian dan tarik diri pengajian.
  • Bertanggungjawab memastikan rekod pelajar sentiasa dikemaskini.

Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan

Fungsi Utama

Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala urusan berkaitan peperiksaan dan pengijazahan dijalankan dengan baik dan teratur.

Aktiviti-aktiviti

  • Bertanggungjawab mengurus peperiksaan (peperiksaan akhir semester, informal, gantian, ulangan khas).
  • Bertanggungjawab mengurus permohonan semakan semula keputusan dan permohonan meneruskan pengajian (gagal berhenti).
  • Bertanggungjawab mengurus pengijazahan dengan mengeluarkan semakan pengijazahan, menyelaras senarai pelajar layak bergraduat dan memastikan transkrip/skrol disediakan.
  • Bertanggungjawab menyelenggara rekod peperiksaan dan pengijazahan
Aras 4, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, W. P. Labuan.
Tel: 087 - 460431 / 460551
Faks: 087 - 460432
IP Phone: 614750