Mengawalselia keperluan komputer dan rangkaian.

STMK bertanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan komputer dan peralatan media yang diperlukan oleh semua bahagian. Selain dari memastikan keperluan kakitangan dan pelajar dipenuhi, STMK juga akan memastikan kemudahan untuk melayari internet oleh pengguna dipenuhi.

Mengawalselia keperluan alat bantu mengajar.

Keperluan utama pengguna STMK terutama pensyarah ialah Alat Bantu Mengajar (ABM). Biasanya Alat Bantu Mengajar (ABM) ini diperlukan dalam menyampaikan kuliah kepada pelajar. Antara Alat Bantu Mengajar (ABM) yang berada di bawah seliaan STMK ialah LCD Projector dan Visual Presenter.

Menjaga dan menyelenggara kesemua makmal komputer.

Terdapat 10 buah makmal di UMSKAL, kesemua makmal ini dikendalikan dan diselenggara oleh STMK. Jumlah keseluruhan komputer yang terdapat di 10 buah makmal tersebut ialah 484 unit pelbagai sistem pengoperasian.

Menyimpan dan merekod segala peralatan komputer dan media.

Bagi memastikan peralatan yang berada di bawah kawalan dan seliaan STMK berada dalam keadaan yang teratur dan mudah untuk diselenggara, segala rekod dan inventori juga perlu disediakan oleh STMK. Biasanya segala rekod dan inventori peralatan ini akan disemak oleh Bahagian Kewangan bagi memastikan sistem penyimpanan peralatan universiti lebih sistematik.

Memastikan keperluan pengguna dalam bidang teknologi maklumat dipenuhi.

Dalam merealisasikan matlamat universiti untuk menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan kepada pensyarah dan pelajarnya, STMK bertanggungjawab penuh dalam memastikan segala keperluan yang berkaitan dengan rangkaian berjalan dengan lancar.

Aras 1, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, W. P. Labuan.
Tel: 087 - 460435 / 466791 / 466825 / 460425
Faks: 087 - 466750
IP Phone: 614100 (Helpdesk)