Seksyen Pentadbiran Am, Khidmat Pelanggan & Alumni Fungsi-fungsi

  • Mengatur, merancang, menyelia, dan melaksanakan sistem pentadbiran jabatan dan kewangan dalam perkara-perkara berkaitan dengan:
    • Sistem Fail dan Rekod Jabatan
    • Pengurusan Kewangan Jabatan
    • Kebajikan dan Hal Ehwal Kakitangan
    • Inventori Jabatan-
    • Urusetia mesyuarat Jabatan-
    • Pekeliling-pekeliling dan surat arahan
  • Mentadbir semua urusan rasmi yang berkaitan dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni termasuk perlaksanaan 5’s.
  • Mengurus perkara-perkara berkaitan dengan rekod cuti, pengurusan penginapan dan pengangkutan kakitangan.
  • Mengurus dan menghantar surat-surat Jabatan.

Seksyen ini beroperasi melalui beberapa unit seperti berikut :

  • Unit Pentadbiran Am & Alumni
  • Unit Kewangan Pejabat
  • Unit Khidmat Pelanggan & Alumni

Seksyen Pembangunan Sahsiah Fungsi-fungsi

  • Mengurus aktiviti dan program kemahasiswaan yang bersepadu dan dapat mencerna kepimpinan dalam diri pelajar.
  • Menyedia dan menganjurkan latihan-latihan dan kursus kepimpinan yang dapat membimbing pelajar dalam meningkatkan mutu kepimpinan di dalam diri setiap pelajar.
  • Menyelaras, menyelia, menggerak, membimbing, menyemak dan memberi panduan mengenai kertas kerja permohonan aktiviti berpersatuan, permohonan kewangan dan pelaksanaan aktiviti berpersatuan agar selaras dengan aspirasi dan prosedur yang digariskan.
  • Bertindak selaku Urusetia Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar dan Minggu Suai Mesra.
  • Mengurus pendaftaran persatuan dan kelab-kelab baru pelajar dan aktiviti berkaitan dengan Kesenian dan Kebudayaan.
  • Menguruskan aktiviti keusahawanan yang melibatkan pelajar.

Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Fungsi-fungsi

  • Mengendalikan sistem rekod maklumat pelajar dan mengemaskini dari semasa ke semasa semua fail pelajar.
  • Menguatkuasakan disiplin dan tatatertib termasuk etika pakaian pelajar selaras dengan peraturan yang telah dikuatkuasakan mengikut kaedah-kaedah UMS (Tatatertib Pelajar-Pelajar 1999).
  • Menyelaras urusan pentadbiran serta pengurusan perkhidmatan pengangkutan.
  • Mengendali dan mengurus perkara yang berkaitan perubatan dan kesihatan pelajar dengan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pelajar.
  • Mengurus dan memantau pengurusan kafeteria yang disediakan untuk pelajar.

Seksyen Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Fungsi-fungsi

  • Memberikan perkhidmatan kaunseling termasuk individu dan kelompok kepada pelajar. Antara kompenen kaunseling termasuk kaunseling siko social akademik, kewangan dan kerjaya.
  • Merancang dan mengendalikan program-program untuk perkembangan dan kemajuan pelajar-pelajar seperti kursus, ceramah, bengkel dan seminar kaunseling.
  • Merancang dan mengendali program latihan/ pendidikan dan perkembangan diri termasuk khidmat masyarakat.
  • Mengurus dan mengendalikan hal-hal berkaitan dengan biasiswa, tajaan, dan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang memerlukan.
  • Mengendali pelajar-pelajar antarabangsa berkenaan dengan penginapan dan visa.

Seksyen Perumahan/ Kolej Kediaman

  • Kolej Kediaman Alpha
  • Kolej Kediaman Beta
  • Kolej Kediaman Mutiara
  • Rumah Semi D

*sila lawat Bahagian Kolej Kediaman.

Aras 2, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, W. P. Labuan.
Tel: 087 - 466775 / 460409
Faks: 087 - 465149
IP Phone: 614204