Bahagian Keselamatan Kampus berfungsi sebagai satu unit yang mengawalselia hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan kampus. Bidang tugas merangkumi keselamatan kampus dari segi fizikal berserta kakitanmgan dan pelajar-pelajar dan juga pelawat-pelawat yang berurusan dengan universiti. Dengan kakitangan yang berjumlah 24 orang termasuk pegawai unit ini memantau kesemua hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan samada keselamatan kampus dan juga kesemua kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh kakitangan, pelajar-pelajar atau agensi-agensi luar yang lain.

Selain itu unit ini juga mambantu para pelajar dalam pengajian mereka dari sudut penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dan keupayaan unit ini.

Unit ini juga berperanan sebagai penguatkuasa kepada peraturan-peraturan yang digunapakai oleh universiti. Bagi pelawat-pelawat yang datang berkunjung ke universiti unit ini juga boleh memainkan peranan sebagai pembantu atau penunjuk arah kepada mereka.

UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, W. P. Labuan.
Tel: 087 - 460803
Faks: 087 - 466740
IP Phone: 614780