Bahagian Perkhidmatan Akademik adalah sebagai penggerak utama universiti bertanggungjawab mengurus pengambilan, kemasukan, pendaftaran, peperiksaan, rekod pelajar, pengijazahan pelajar dan semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pembangunan program akademik universiti. Pada amnya Bahagian Perkhidmatan Akademik melaksanakan aktiviti yang ditetapkan dalam setiap unit seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan aktiviti unit.

Bahagian ini juga menjadi urusetia kepada Senat Universiti yang bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan dan pemantapan serta pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik selain pemberian dan penganugerahan Hadiah / Anugerah Universiti kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik atau kokurikulum atau kedua-duanya.

Di UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Bahagian Perkhidmatan Akademik dikenali sebagai Sektor Perkhidmatan Akademik di bawah Seksyen 

Aras 4, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, W. P. Labuan.
Tel: 087 - 460431 / 460551
Faks: 087 - 460432
IP Phone: 614750