Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah merupakan pusat maklumat utama untuk menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ini adalah selaras dengan objektif Perpustakaan UMS iaitu "Menyokong dan membantu proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam pelbagai bidang melalui penyediaan kemudahan perkhidmatan maklumat dan bahan rujukan yang berkualiti dengan lengkap dan berkesan sejajar dengan misi Universiti Malaysia Sabah."Lokasinya adalah di Bangunan Sokongan Sementara seluas 2,184 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga 250 orang pengguna dalam satu masa. Bilangan pengguna pula adalah terdiri daripada 2,000 orang pelajar. Sehingga Ogos 2015, jumlah bahan di Perpustakaan UMS-KAL kini ialah lebih kurang 77,945 naskhah.

Perpustakaan KAL menggunakan Sistem Maklumat Perpustakaan (SMP/webOPAC) yang dikendalikan secara berkomputer dengan menggunakan sistem VIRTUA yang boleh diakses melalui laman web perpustakaan. Ianya dikongsi bersama dengan Perpustakaan Induk UMS yang membolehkan pencarian bahan, pinjaman, pembaharuan dan pemulangan buku dibuat secara "online".

Perpustakaan UMS juga melanggan 29 judul pangkalan data elektronik. Antaranya Emerald, ProQuest, Ovid, Academic Search Premier, Business Search Premier, Science Direct dan lain-lain. Pangkalan data ini boleh diakses melalui laman web perpustakaan di url: http://www.ums.edu.my/library/databases.html

Selain itu, perpustakaan UMS juga melanggan sejumlah 1,735 judul buku elektronik atau e-books daripada Kluwer dan Netlibrary. Koleksi ini boleh diakses melalui laman web berikut:

http://ebooks.springerlink.com/Search/BasicSearch.aspx
dan;
http://www.netlibrary.com/Search/BasicSearch.aspx
Manakala jurnal elektronik boleh diakses melalui laman web perpustakaan di:http://www.ums.edu.my/library/Journal.htm

UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jalan Sungai Pagar, W. P. Labuan.
Tel: 087 - 460505 / 460511
Faks: 087 - 465157
IP Phone: 614770