Tentang UMSKAL
UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) yang terletak kira-kira 18km dari pusat bandar Labuan merupakan kampus cawangan pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS). UMS KAL telah mula beroperasi pada 2 Januari 1999 dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 356 orang pelajar pada bulan Mei 1999.
Lokasi kampus yang berada di persisiran pantai berhadapan dengan Laut China Selatan dengan pemandangan pantai yang indah menjadikan suasana kampus yang damai, harmoni dan kondusif, amat sesuai untuk persekitaran pembelajaran.