Slider

44 pelajar UMSKAL berkayak ke Pulau Papan

13 November 2022 – Seramai 44 pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menyertai Program Pengupayaan Sekretariat Rakan Muda UMSKAL di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Tanjung Purun, Wilayah Persekutuan Labuan pada 12 - 13 November 2022.

Mereka berkayak dari Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan menuju ke Pulau Papan sejauh 7 kilometer yang mengambil masa kira-kira 45 minit sehala. 

Program dua hari itu dianjurkan Sekretariat Rakan Muda UMSKAL dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan W.P. Labuan, Kelab Belia Anak Layangan, Majlis Perwakilan Pelajar UMSKAL dan Persatuan Kanu Labuan. 

Turut membantu Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan, Ibu Pejabat Polis (IPD) Labuan dan Perbadanan Labuan.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid.

Turut hadir Penolong Pegawai Belia dan Sukan, (Unit Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah), JBS Labuan, Zulhairi Isnean, Penyelaras Program, Mohd Norizal Md Jumat, Pengerusi Kelab Kanu Labuan, Yunus Waidan dan Pengarah Program, Aghilan A/L Bala Superminam. 

Zulhairi berkata antara komponen program itu ialah Rakan Muda, khidmat masyarakat, rekreasi fizikal, kemahiran dan penjelajahan lasak. 

“Menerusi program itu, peserta didedahkan dan mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman dalam acara kayak, penyelamatan di air dan kraf perkhemahan,”katanya. 

Program itu juga menekankan disiplin, kepimpinan dan mengeratkan hubnngan baik antara peserta dan penganjur. 

Sekretariat Rakan Muda UMSKAL merupakan penghubung antara UMSKAL dengan Jabatan Belia Dan Sukan W.P. Labuan. 

Dr. Mohamad Rizal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu. 

Beliau berharap menerusi program itu, pelajar UMSKAL akan dapat menerapkan pelbagai elemen ilmu dan kemahiran serta pengalaman. 

Tamat.