Slider

Tamu Gadang UMSKAL Jana Ekonomi Peniaga Labuan

4 Disember 2022 - Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2022.

Majlis yang berlangsung di Pentas Utama, Padang Kawad UMSKAL itu turut dihadiri Timbalan Dekan (Pascasiswazah Dan Antarabangsa), Fakulti Komputeran Dan Informatik, Prof. Madya Dr. Muzaffar Hamzah, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Dr Ricky Chia Chee Jiun dan Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.  

Hadir sama Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Kampung, staf dan pelajar UMSKAL. 

Majlis yang bermula pukul 8 malam itu dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan cabutan bertuah. 

Pesta Tamu Gadang UMSKAL diadakan sempena Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-24.

Dr. Mohamad Rizal berkata selain bertujuan meraikan pelajar UMSKAL yang bergraduat, Pesta Tamu Gadang juga dapat mengeratkan hubungan baik dan kerjasama yang berterusan di antara UMSKAL dengan agensi kerajaan dan swasta serta penduduk Wilayah Persekutuan Labuan pada masa akan datang melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Selain itu, ianya merupakan platform untuk melatih kepimpinan dalam kalangan pelajar UMSKAL khususnya dalam melaksanakan program di dalam kampus.

Beliau berharap aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, persefahaman, kemesraan dan kerjasama sesama kita. 

Dr. Mohamad Rizal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Tamu Gadang UMSKAL 2022, agensi kerajaan dan swasta, Jawatankuasa Pelaksana, Jawatankuasa Pelajar, peniaga gerai, graduan dan semua pengunjung yang sudi memeriahkan Tamu Gadang UMSKAL pada 2 – 4 Disember 2022.

Jumpa Lagi 2023.

Tamat.