Slider

Karnival Kerjaya Beri Manfaat

3 Disember 2022 - Program Mini Karnival Kerjaya Dan Komuniti Wilayah Persekutuan Labuan mungkin sukar untuk dilaksanakan tanpa adanya kerjasama dan dorongan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat. 

Pengurusan UMS Kampus Antarabangsa Labuan amat mengalu-alukan kerjasama strategik bersama jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta. 

Pelbagai aktiviti kerjasama lagi yang dapat dilaksanakan secara strategik bagi mewujudkan satu sinergi padu dinamik yang bukan sahaja mengoptimumkan kos, namun mampu menghasilkan impak yang besar dari keberhasilan penganjuran. 

Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui program Myfuturejobs amat dihargai bagi membantu masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan. 

Selain itu, mereka boleh mendapatkan maklumat berkenaan panduaan kerjaya, kemajuan kemahiran, program keusahawanan, perlindungan dan pelbagai lagi. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan diucapkan kepada semua yang terlibat. 

Lebih 10 syarikat atau majikan yang terlibat dalam sesi walk-in interview yang dihadiri kira-kira 90 pencari kerja. 

Turut diadakan pameran daripada agensi kerajaan dan swasta. 

Demikian ucapan perasmian Program Mini Karnival Kerjaya Dan Komuniti 2022 oleh Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid.

Pada majlis itu, Ketua Unit Wakaf Dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Nasir Misi menyerahkan sumbangan MAIWP sebanyak RM10,000 kepada Dr. Mohamad Rizal untuk menjayakan program tersebut. 

Turut hadir Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, WP Labuan, Ansharey Matarsad, Ketua Negeri Perkhidmatan Pekerjaan Sabah, Perkeso Negeri Sabah, Daud Nordin, wakil Jabatan Penerangan Malaysia, Labuan, Rodey Roy Juhalin, wakil LPPKN Labuan, Noraini Osman dan wakil Jabatan Pembangunan Wanita Labuan, Salhah Matnor. 

Hadir sama ketua-ketua jabatan dan swasta serta majikan. 

Jumpa Lagi 2023.

Tamat.