Slider

Staf SHEP UMSKAL kendali Team Building LPP Labuan

LABUAN – Seramai tujuh staf Sektor Hal Ehwal Pelajar (SHEP), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Wilayah Persekutuan Labuan. telah dijemput sebagai Motivator/Fasilitator Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team Building) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) WP Labuan yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Pejabat LPP WP Labuan pada 7 Januari 2023 (Sabtu). 

Mereka ialah Nur Iman Reedzal selaku Ketua Fasilitator yang dibantu Dony Lidaus Jinik, Mohd. Norizal Md. Jumat, Noreffaizza Jali, Norenna Jufri, Mohd. Nurulizam Tinggal dan Mazalan Mat Jidi.

Kursus Team Building yang diadakan adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti bersempena Ulang Tahun Ke-50 dan Kempen Mencintai Organisasi.

Program Team Building ini julung kali diadakan dan objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk penambahbaikan dalam organisasi daripada aspek hubungan dan komunikasi, pengetahuan tentang organisasi dan nilai teras organisasi. 

LPP Labuan merupakan cawangan negeri yang pertama menganjurkan program Team Building bagi tahun 2023.

Program Team Building yang diadakan dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang itu melibatkan 39 orang peserta termasuk 4 orang kakitangan LPP dari Putrajaya.

Turut bersama dalam program Team Building ini Pengarah LPP WP Labuan, Catherina Edward.

Kenangan yang manis buat kami dijemput sebagai team Fasilitator untuk menjayakan program team building ini.

Pengalaman yang berharga.

Amanah dan tanggungjawab dijaga sebaiknya untuk mencapai objektif penganjur dan hubungan harmoni yang terjalin di antara UMSKAL dan LPP WP Labuan.

Kami merasa bangga dan penuh semangat untuk menjadi sebahagian daripada acara ini.

Tamat.