25 MEI 2023 – MAJLIS Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Sesi 2023 yang diadakan dari 11 hingga 19 Mei 2023 berlangsung dengan meriahnya.
Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf yang menjayakan majlis tersebut pada tahun ini.
Sekalung penghargaan kepada warga Sektor Perpustakaan, Klinik Rawatan Warga, Sektor Keselamatan, Sektor Pentadbiran Kolej Kediaman, Sektor Sukan dan Rekreasi, Sektor Hal Ehwal Islam dan Masjid, Pejabat Pengarah, Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia, Sektor Kewangan, Sektor Perkhidmatan Akademik.
Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan, Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fakulti Komputeran dan Informatik, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa serta Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2023 pada 19 Mei di Aras 2 itu merupakan penutup kepada majlis di peringkat UMSKAL yang diadakan sejak 11 Mei 2023.
“Hari Raya adalah masa yang sesuai dan tepat untuk kita semua berkumpul dan merapatkan lagi silaturrahim dalam kalangan kakitangan UMSKAL,”kata Zamri kepada wartawan UMSKAL.
Zamri merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan Penyelaras Program yang berusaha gigih sebelum, semasa dan selepas majlis diadakan.
Raikan Syawal Dengan Penuh Kesyukuran.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Tamat.