Slider

Sektor Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, dan mengawalselia program pembangunan sahsiah pelajar. Badan ini turut berfungsi sebagai pusat khidmat maklumat dan bimbingan serta memberikan perkhidmatan kepada pelajar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan, perumahan pelajar, kesihatan, kaunseling, kerjaya, kegiatan persatuan, biasiswa dan bantuan kewangan pelajar. Perkhidmatan yang diberikan adalah bermatlamat mewujudkan suasana kehidupan harmonis dan terbela dalam kalangan pelajar dengan mengamalkan budaya hidup kampus yang berkualiti. Dalam usaha mencapai matlamat ini, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni beroperasi melalui beberapa pecahan seksyen seperti berikut:

  • Seksyen Pentadbiran, Khidmat Pelanggan dan Alumni
  • Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan
  • Seksyen Pembangunan Sahsiah Pelajar
  • Seksyen Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya