Slider

Fungsi utama bahagian ini ialah untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran kampus umum, pekerjaan & perkhidmatan, latihan & utiliti, kebersihan kampus, inventori serta pengangkutan. Ia juga bertanggungjawab dalam mengawasi keselamatan kampus, selain penyelenggaraan harta kampus & pembangunan. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pendaftar. 

OBJEKTIF KUALITI

  1. Mengeluarkan surat pengesahan rawatan dalam tempoh 24 jam.
  2. Memastikan semua urusan perolehan diuruskan dan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang PU03 dan PU04.
  3. Memastikan semua fail dan rekod boleh diakses dalam tempoh 15 minit jika nama dokumen telah disenaraikan.
  4. Memastikan permohonan kenderaan kampus dilaksanakan dalam tempoh sehari bekerja.
  5. Memantau rekod cuti kakitangan UMS Kampus Antarabangsa Labuan secara berjadual iaitu pada setiap hujung bulan. 

PIAGAM PELANGGAN

Kami Berjanji,

Menjalankan semua fungsi-fungsi di kampus ini dengan cemerlang berteraskan ciri-ciri berikut:

  1. Cepat dan tepat dalam semua tindakan dan keputusan.
  2. Layanan mesra kepada pelanggan.
  3. Menepati masa yang dijanjikan.
  4. Maklumat mudah diperolehi dan boleh dipercayai.
  5. Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.