Slider

Sektor Perkhidmatan Akademik adalah sebagai penggerak utama universiti bertanggungjawab mengurus pengambilan, kemasukan, pendaftaran, peperiksaan, rekod pelajar, pengijazahan pelajar dan semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pembangunan program akademik universiti. Pada amnya Sektor Perkhidmatan Akademik melaksanakan aktiviti yang ditetapkan dalam setiap unit seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan aktiviti unit. Sektor ini juga menjadi urusetia kepada Senat Universiti yang bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan dan pemantapan serta pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik selain pemberian dan penganugerahan Hadiah / Anugerah Universiti kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik atau kokurikulum atau kedua-duanya.