Slider

Perisai

Perisai melambangkan kekuatan universiti sebagai suatu kesatuan daya tenaga yang berpadu untuk mendokong wawasan universiti.

Buku

Buku yang terbuka di atas sebuah rehal melambangkan ilmu pengetahuan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia dan ia menjadi sumber keintelektualan, keimanan, kebijaksanaan dan buku juga melambangkan semangat penerokaan dari deria yang sentiasa ingin mengetahui melalui minda yang analitis.

Mata Pena

Mata pena merujuk kepada ketepatan dan kejituan penghayatan ilmu. Pena merupakan manifestasi ilmu yang lahir dalam minda dan diterjemahkan kepada bahasa yang tertulis. Mata pena yang menuju ke atas menunjukkan ilmu itu tidak terbatas bidangnya.

Bunga Rafflesia

Bunga Rafflesia adalah lambang keunikan "Negeri di Bawah Bayu".

Lingkaran Sfera

Lingkaran Sfera menggambarkan cakrawala di mana alam ini wujud, melambangkan ilmu pengetahuan yang disampaikan meliputi seluruh ilmu yang berhubung dengan alam ini.

Lingkaran Gelombang

Lingkaran Gelombang mengambarkan ombak di mana UMSKAL adalah the Beach Campus.

Warna

Warna Kuning

Melambangkan suasana warga kampus UMS yang sentiasa ceria, segar, aktif dan dinamik umpama alam sentiasa disinar suria.

Warna Merah

Melambangkan keutuhan, kegigihan dan kekentalan yang ada di sanubari setiap warga UMS dalam menghadapi segala cabaran demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.