Slider

Moto

"Bertekad Cemerlang"

Kecemerlangan dalam sebarang aktiviti akan menjadi pendorong dan sasaran utama kepada UMS. Mercu tekad ialah pencapaian yang akan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Visi

Menjadi kampus cawangan selaras dengan keperluan sosio-ekonomi dan politik tempatan dan antarabangsa terutamanya negara-negara dalam gugusan BIMP-EAGA.

Misi

Melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah unggul, dan bersifat global sesuai dengan kedudukan Labuan yang strategik untuk menarik pelajar tempatan dan antarabangsa, khususnya rantau Asia dan negara-negara sedang membangun berteraskan bidang akademik yang memenuhi keperluan pasaran kini terutamanya dalam bidang kewangan, perniagaan antarabangsa dan teknologi multimedia canggih.

Falsafah

Pendidikan yang berteraskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan pembinaan masyarakat terpelajar yang progresif, berdisiplin, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani untuk berbakti mencapai kesejahteraan masyarakat dan negara.

Nilai Bersama/Teras

“INTEGRITI, DINAMIK, CEMERLANG”

Integriti – Kejujuran jati diri seseorang dalam memberikan perkhidmatan atau menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar akhirnya nanti lahirlah keikhlasan dalam setiap tindakan yang dibuat. Disamping itu, prinsip moral dan etika hendaklah sepanjang masa dijadikan benteng kebal bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat keseluruhannya.

Dinamik – Warga UMSKAL perlu cepat menerima dan menyesuaikan diri dengan segala perubahan, fungsi dan tanggungjawab. Setiap cabaran yang dihadapi diserap serta dilentur menjadi sumber kekuatan untuk menjadi lebih kreatif, inovatif dan berkualiti yang dapat menterjemahkan pembaharuan dan kemajuan dari segala aspek kehidupan untuk manfaat dan kepentingan universiti, masyarakat dan negara.

Cemerlang – Menghasilkan perkhidmatan dan menjadi modal insan yang berkualiti diterjemahkan melalui usaha dan kerja keras warga yang berterusan. Kejayaan dan pencapaian kini dijadikan pembakar semangat dimasa hadapan agar terus maju, menjadi yang terbaik dan terus berdaya saing seiring dengan kecemerlangan UMS dan universiti awam lain.

Piagam Pelanggan

UMSKAL berjanji untuk menawarkan perkhidmatan dengan berintegriti, dinamik dan cemerlang bagi memenuhi kehendak pelanggan iaitu:

Pelajar, Kakitangan, Ibubapa, Industri, Masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan lain.