Magnin Blog

Publish your news and thoughts with all.

Popular Articles

Recent Stories

Kakitangan UMSKAL Dalami Ilmu Analisis Data

Kakitangan UMSKAL Dalami Ilmu Analisis Data

13 OGOS 2024 (SELASA) - Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu: Microsoft Excel Visualisasi & Analisis Data di Makmal Games, Aras 9, UMSKAL.

Seramai 33 orang kakitangan sokongan UMSKAL menghadiri sesi berkenaan yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan FKI. Dr. Jackel Chew Vui Lung.

Sesi perkongsian ilmu ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan visualisasi data dan menganalisis data dengan berkesan menggunakan Microsoft Excel.

Sesi ini juga merangkumi pelbagai topik, daripada penciptaan carta asas hingga teknik analisis data lanjutan.

Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat menukar data mentah kepada informasi bermakna dan menghasilkan visualisasi data yang menarik.

Tahniah buat Ketua AJK Pelaksana. Mohd Nazri Suin bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana. Junainah Yunus, Ezy @ Norol Atikah Sabtu dan Nor Atiqah Mustafa.

Terus Menimba Ilmu.

Tamat.

Nur Iman Kendali Fear Of Missing Out

Nur Iman Kendali Fear Of Missing Out

14 OGOS 2024 (RABU) - Fakulti Komputeran & Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu: Fear Of Missing Out (FoMO).

Program yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari itu disampaikan oleh Pegawai Psikologi Kanan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Nur Iman Reedzal.

Pernah tak anda rasa takut ketinggalan dalam sesuatu perkara? Tak senang duduk bila tak tahu perkembangan semasa dan rasa tak senang hati bila anda tak dapat benda sama macam orang lain dapat?

Itulah simptom yang dipanggil *FOMO (Fear of Missing Out).* Sindrom FOMO ini terjadi disebabkan anda mudah terpengaruh dengan apa yang anda dengar, lihat dan baca setiap hari.

Lebih lagi kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini menjadikan kita semua dekat antara satu sama lain.

Semua orang boleh tengok kehidupan orang lain hanya dari hujung jari.

Pakai baju apa, makan apa, beli apa dan macam-macam lagi.

Maka, tidak hairan sindrom FOMO mudah terbentuk dalam diri seseorang.

Mari kita sama-sama mengenali FoMO, kesan negatif dan cara menanganinya di sini:

Pensyarah dan kakitangan sokongan menghadiri sesi berkenaan yang diadakan di Bilik Eureka, Bangunan Menara, UMSKAL.

Manfaatkan ilmu untuk kesejahteraan diri, organisasi dan keluarga.

Tahniah buat Ketua AJK Pelaksana. Mohd Nazri Suin bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana. Junainah Yunus, Ezy @ Norol Atikah Sabtu dan Nor Atiqah Mustafa.

Bersama Kemudi Impian.

Tamat.

Terima kasih Mohd Fikri Dollah

Terima kasih Mohd Fikri Dollah

5 OGOS 2024 (ISNIN) – Selepas 9 tahun, akhirnya Pembantu Tadbir, Mohd Fikri Dollah menamatkan perkhidmatannya di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 31 Julai 2024.

Beliau memulakan kerjayanya di UMSKAL pada 15 Jun 2015.

Mohd Fikri menabur bakti di Sektor Pentadbiran dan Sumber Manuisa (SPSM) 2015 – 2019, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) 2019 - 2021, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) 2021 – 2023 dan mengakhiri tugasnya di Sektor Pentadbiran Kolej Kediaman (SPKK) 2023 – 2024.

Beliau akan berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan jawatan Penguasa Bomba KB41.

Beliau akan mula menjalani latihan di Akademi JBPM Kuala Kubu Baru, Selangor pada 12 Ogos 2024.

Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Sri Menanti, Bangunan Menara UMSKAL yang dihadiri Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.

Turut hadir Pengetua Kolej Kediaman UMSKAL, Hadzariah Ismail, Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Mohammad Tuah dan Ketua Unit Pengantarabangsaan & Perhubungan Korporat, Ezawati Pungut.

Dr. Mohamad Rizal merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan bakti, jasa dan pengorbanan Mohd Fikri kepada UMSKAL.

Mohd Fikri pula mengucapkan terima kasih diberi ruang dan peluang untuk berkhidmat di UMSKAL sejak 15 Jun 2015.

Beliau memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai, pensyarah dan kakitangan UMSKAL.

Selamat Maju Jaya Buat Mohd Fikri.

Tamat.

Selamat Datang Pelajar SMK Lajau Ke UMSKAL

Selamat Datang Pelajar SMK Lajau Ke UMSKAL

1 OGOS 2024 (KHAMIS) - Seramai 65 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 SMK Lajau telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Lawatan itu diketuai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Lajau, Cikgu Nadhirah Kursus@Othman bersama dengan empat orang guru pengiring.

Mereka ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling, Nieveroelyia Dungkin. Guru Bahasa Inggeris, Iz’Aannur Syifa Ismail, Guru Reka Bentuk Teknologi, Yuhanis Azubir    dan Guru Matematik, Ku Nur Atia Ku Mat.

Tujuan diadakan lawatan sambil belajar itu adalah untuk memberi dan memupuk pengalaman baharu kepada pelajar.

Selain itu, ianya dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang-peluang pekerjaan yang terdapat dalam bidang yang ditawarkan di UMSKAL.

Ianya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hala tuju kerjaya dan pemilihan kerjaya.

Taklimat pengenalan UMSKAL disampaikan oleh Ketua Unit Pengantarabangsaan & Perhubungan Korporat, Ezawati Pungut.

Taklimat mengenai Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) disampaikan oleh Ketua Program Perbankan Amtarabangsa dan Luar Pesisir, yang juga Pensyarah Kanan FKAL, Dr. Mohd Ashari Bakri.

Manakala Ketua Program (Komputeran dan Perniagaan) Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) yang juga Pensyarah Kanan FKI, Profesor Madya Dr. Goh Say Leng menyampaikan taklimat mengenai fakulti berkenaan.

Pelajar dan guru dibawa melawat ke Makmal Komputer di Aras 7 dan Aras 9, Bangunan Menara UMSKAL serta Perpustakaan.

Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid berharap menerusi lawatan itu akan menaikkan semangat pelajar SMK Lajau dan pelajar sekolah lain untuk melanjutkan pengajian tinggi ke UMSKAL.
UMSKAL sentiasa mengalu-alukan lawatan dan kunjungan daripada sekolah rendah dan menengah sekaligus menjalinkan hubungan baik dengan institusi pendidikan.

Semoga Pelajar SMK Lajau Akan Kembali ke UMSKAL.

Tamat.

Hubungi Kami

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 WP Labuan

+(60) 87 - 503 000
adminkal[at]ums.edu.my